Thursday, August 2, 2012

1st Ramadhan

1st Ramadhan sambut dengan mak abah.

Ohh, tahun ni x puasa penuh.

Normal lahh, perempuan. Haha

Bulan puasa ceria je. Sebab bekerja.

Jadi model, kira oke laa kan *modellasangat*

Dapat jugak kumpul duit nak kahwin walaupun sikit. Syukur~

Haha.

Tu je nak cakap. 

Errr, bye.

Esok kerja, mana boleh ada eyebeg.

LOL


I really hate u

Thursday, July 19, 2012

#alaa, baru sekarang nak mengaku senior ekk. hahaha


Salam semua. Sihat?

Hahaha, tajuk nak panjang lagi kann.
Tapi tu lahh sebab kenapa muncul nya post ni.
Haha

Oke. Dulu aku ada kawan. Sekarang dah jadi kenalan.
Ada beza tau antara kenalan, kawan dan sahabat.
Sebab apa? Ntah lahh. Dia hina aku.

Duluuuuuuu, aku ada komen kat status dia. 
Aku komen camni,

'Alaaa, baru sekarang nak mengaku senior ekkk. hahaha'

Aku komen mcm tu je. Tu pun sebab ade sorang junior aku komen jugak kat situ.
Junior aku komen mcm ni,

'Wahh, tahniah senior ku' <----- X ingat apa yg junior aku taip

Dia delete komen aku lepas tu, dia skype kawan aku. 
Kawan aku dunia akhirat yang copy paste apa yg dia tulis dalam skype tu.
Isi kandungan nya adalah seperti dibawah

'XXXX, ckp la dgn si izzah n bdk2 mozac lain,x pyh la nk busuk hati dgn org lain...rezki aku makin murah,dorang still duduk tempat yg same..tak maju2...ko tgk la org hti busuk,smpi mne hidup die?korang dengki dgn aku,beribu org suka aku...patotlah bangkai manusia lg busuk dr binatang..ubah la pemikiran kta...ubah lah care idup kite yg tak bole tgk org senang sket..aku tak ckp ko sbb ko dr dulu support aku..tp kalo ko ade perasaan mcm tu jgk,ubah lah..insyaAllah hidup ko lebih berkat...lebih murah rezki ko..izzah dr dulu perangai die tak berubah2..patot udin tinggal..berubahlah,kalo die nk dpt lelaki baik,die pun kene baik jgk..nanti kte lepak k?aku bizi sket la,XXXX..cube berubah menjadi yg lebih baik...ko dengki dgn org,hati ko makin sakit..

Ckpn dgn izzah,kalo dengki sgt dgn org lain,improve diri sendiri smpi bleh lwn org tu...br la x sia2 hati busuk die tu...bersaing secare islam dgalakkan dlm islam...k,XXXX..aku de program nie..jage diri..salam'

Masalah nya, aku komen kat post dia tu bergurau. Niat bergurau.
Tapi dia ambik serius.
Lgpon, ada jee junior lain yang komen kat wall dia.

Lagi satu, aku x rasa komen aku tu bolehh tutup periuk nasi dia. =.=
Pastu, kenapa dia nak kait kan aku dengan kekasih lama aku.
Macam xde kene mengena.
Seriously, aku xde dengki pon dengan dia.
Lepas apa yang berlaku, rasa membazir je undi dia dulu2.

Mungkin dia rasa aku ni jahat lagi mcm kat mozac.
Tapi aku xdelahh jahat sangat masa kat sekolahh. 
Gedik2 tu adelahhh. Pukul2 budak aku mana pernah buat.
Lagi satu, dia tuduh aku busuk hati, tapi dia x rasa ke hati sape yg lagi busuk.
Tuduh bukan2, nampak sangat ko mmg dah simpan busuk hati dia  kat aku.

Ntahh lahh, rasa terhina pon ada bila org lain tuduh kan. 
Bila aku dah rasa mcm tu, perasaan taknak maafkan dia mmg ada.
Jadi, aku unsubscribe lahh dia.
Tapi ntahh bila dia remove aku dari friend list dia.
=.=

Aku sedar pon bila kat tepi homepage tu kua suggested friend.

Akhir kata, aku doakan dia berjaya dunia akhirat.
Aku mungkin x kan lupakan apa yg dia kata kat aku.
Tapi rasanya, x semua org bolehh memaafkan bila dihina kan.

:)


#Ohhh, aku suka suara dia. 


Thursday, June 21, 2012

# missing-in-action



Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti~
Tunjukkan di mana~
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni~




Lagu yang sering di nyanyikan bersama2 si Putih semasa sesi mengemas rumah.
Si Putih pon sampai mata dah ke atas dengar lagu ni. Bising kata nya~
Lepas tu mengemas rumah macam ada orang nak datang minang =.=
Tapi x kunjung tiba. 
Haha, ngarot je. 

Cuti ni, xde buat ape pon. Tengok bola. Go Germany Go~ 
Duk rumah. Jadi body builder. 
Pastu g hospital Jasin. hospital Melaka.

Adehh~ bila dah lame x pergi hospital, tengok pesakit kat wad pon boleh dah nak pengsan.
Hampir pitam =.=

Oke. stop. Mula story.

Kembang, big bro dalam rumah ni, missing-in-action selama 3 hari.
Punyalah menjajo cari.
Abah cakap, dia pergi rumah girlfriend dia. 
K lah, fineee~

Masuk hari ke dua, dia x balik lagi.
Aku dah mula menangis.

' Putihhh, mane Kembang. Kenapa dia x balik lagi '
' Abah, Kembang kenapa x balik lagi '
' Abah, jom carik Kembang '
' Mak, agak2 Kembang dah makan ke belum ekk? '

Ayat2 di atas ialah ayat yang selalu aku ulang.
Mak ngan abah pun x tau nak bagi respon mcm mane.
Abah cakap, nanti dia balik laa tu.

Masuk hari ke tiga.
Aku dah mcm meroyan pulak. Panggil Kembang. Jerit nama dia. =.= 

So petang tadi, abah keluar naik moto. 
Hantar kuini kat kawan abah.
Alang-alang dah keluar, abah cari Kembang.
Abah pergi belakang kedai, belakang rumah, kat padang, kat longkang.
Tapi Kembang still xde.

' Mayat Kembang pon xde ke abah? ' 

Abah geleng2 kepala.

Aku dah menangis.
Abah kata, mungkin ada orang berkenan dengan dia. 
Tangkap dia, nak buat baka.
Aku dah merah mata.
T_T

Malam tadi, aku ke dapur. Buat air susu. 
Jaga badan ler konon. puihhh
Sebelum pergi tgok tv balik, aku cakap kat tingkap sorang2 macam orang gila. 

' Kembang, cepatlahh balik. Aku rindu. Sedih tau. Sape nak teman aku tido lagi ' 
*nangis cover lap lap hingus*

Oke, pergi depan tv, mata merah. Duduk tengok cite Ameera. 
Sambil nyanyi, Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti~

TIBA-TIBA mak tunjuk luar, tu sape kat luar tu?
Kembang ekk?

Aku berdecup lari keluar. Amik kembang, tengok muka, badan n last bontot dia.
Oke, xde ape2.
Cuma kat ekor dia basah sikit.

MASUK JE DALAM RUMAH DIA TERUS KE DAPUR.

Memang sah x makan lagi..!
Aku pon dengan rajin, bukak peti sejuk, kuarkan ikan. 
Gaul ngan nasi. Bagi makan.
Dia abes makan, aku cakap ngan dia sorang2.

' Mana kau pergi? Aku menangis tau. Malu aku. Aku ingat ko xde tau. '

Respon dia, ' Meoow, meooww, meoowwww, ' TU JE??

Pergi depan tv, abah hulur sikat dia. Mahal wooo beli. RM 18 tu =.=
Bulu2 dia dah lah panjang, basah pulak tu.
Bila sikat2 bulu dia, kasar, bulu dia banyak sangkut kat sikat.
Tu lahh, padan muka sebab dah 3 hari x balik rumah. 

Tapi syukur lah, dia dah balik.
Xdelahh aku risau lagi.

Tengah tidur, dia bising. Nak berak. 
Alahai~

Nasib baik ko kucing, Kembang.

=.=









Wednesday, June 6, 2012

#Blank



Hai korang.

Nak tau x?

Aku pernah TER-kagum dengan seorang perempuan bertudung labuh.
Yelah, dulu aku ade niat nak ubah cara pemakaian aku.
Pakai tudung labuh, armsock, stokin tu sume.

Ehem, kalau ade sape2 yang perasan, TAHUN 1, SEM 1, aku pakai armsock + stokin.
*bangga jap* hahahaktuih~

Tapi sekarang aku da makin lupe benda tu sume, padahal stokin + armsock tu aku ade je dalam loker aku tuh.
Nak tau x kenapa ak mcm ni?

First aku g UMK, aku rasa bersyukur sgt. Yelah, xde wayang, so kurang la sikit aktiviti2 malam student UMK.

Oke, bila aku ade kat kelantan, aku tengok yg pakai tudung labuh oke2 je.
Cantik2 comel2 cun2 cerewet2 (eh!)

Tapi lama kelamaan, aku tengok dorang ni lain sikit. Lua oke, dalam mcm x oke.
Maksud aku ni ialah bila mereka kat lua asrama, mereka pakai tutup litup.
Tapi bila kat dalam asrama, mereka pakai seluar pendek, pakai tube, baju xde lengan.
Yang x boleh blah, ade je yang pakai macam NI.

Korang xpercaye? meh aku lempang laju2.

Kalau x percaye jugak, xpela. Kesah pulak aku. Wolaa!
Mungkin aku sorang je kot yang nmpak =.=
Arghhhhh, xkisah lahh.
Dahlah pakai camtu, pastu bergayut dengan lelaki sambil2 jalan kat koridor.
Korang rasa patut x?
Memang laa secara luaran dia menjaga ikhtilat dia. Xcakap ngn lelaki, xpandang muka lelaki, x sama group dengan lelaki.
Tapi dalam FACEBOOK, mashaAllah, kemain lagi kuat komen. (eh!)
Post gamba, itu ini. =.=

MENGUMPAT ITU INI PERKARA BIASALAH. XPAYAH CERITA. :)

Aku ada kawan. Dia pernah tegur aku pasal aku ni berkawan dengan lelaki.
Aku kata, aku berkawan je.
K la fine. Kawan kan. Sejak dari tu la, ak start menyombong =.=
Menyombong tu ape??
Menyombong la..! xkan xtau. ish
Tapi last2 aku dapat tau, dia ade jugak mesej2 ngn lelaki, gayut2 bagai. FB apatah lagi. Syiokkkk!

Ntah lahh. Niat aku pon mcm dah pudar2 dah ni. lip lap lip lap je.

Kadang2 aku malu. Yela. Diri x tutup sempurna. Tapi aku xnk lahh tutup2 ak, tapi perangai x munasabah. err
Mcm main2kan islam pulak dah. huu

Tidak mengapalah. Sampai sini je.

Bye. Wola!











Friday, May 25, 2012

Kenangan


Ya Allah. 

Aku rindu dia.

Benar2 rindu.








Aku tau ku x sempurna.

Dihatinya, mahupun

dimatanya.














Ya Allah,

Tolong..

Tolong jaga hatinya untuk diriku.



Thursday, April 19, 2012

Izzati turn 22...!!


11 April. hehe

*apsal ngan tarikh tuh*

Woi, bithdate aku la tuhhhh. hahaha

Alhamdulillah, tahun ni sempat jugak sambut dengan family tercinta. hehe

Sambut di Shah Alam, kat uma abangku. 

Woahhh, xsangka pulak dapat birthday cake tahun ni. wehuuuu~

Ni cake ni. *tengok2

punyalahh meriahhhh. aku pulak, terkejut laaa. Aku ingat dapat cupcake angry birds jek.

terima kasih kak alinnnnnnn *sygkakalin*

Ni cupcake angry birds. cantik x?

Potong je kek tu, kejutan kali kedua berlaku *opocottttt!!*

KEK TU WANE WANI...!! hahaha

tengok kat intenet je kek ni. last2 dapat makan jugak.

Sedap gile kek tuhh! ak makan 2 potong kot. haha

Tahun ni, dapat hadiah tudung, beg, bear, coklat n MACARON. haha

*sbenarnya mengidam nak makan macaron tu. jadi aku anggap sebagai hadiah*

Kakak2 aku bagi tudung. Setiap sorang bg aku dua helai tudung.

Mak pulak hadiahkan beg. haha

BEG WARNA MERAH. *gamba xsempat amik sebab balik kluang*

Beg tu aku pilih sendiri. 

MACARON tu, kak alin bagi. Siap dalam kotak lagi.

Ni kotak macaron. Isi dah abes. Dah masuk dalam perut. wehuuu

MANE BEAR?!!

Alamak..!! bear ade kat umahh. Ada orang anta pakai pos laju.

Ingat pos tu sampai hari Jumaat, tapi sampai hari Sabtu.

So, nak x nak, dapat hari Isnin laa.

Sebab hari Sabtu xde kat uma. haha

Tapi hari Isnin, aku dah sampai Kluang. wuwuwuwu

Xsempat tengok hadiah tu. keh3

Nanti dah dapat, aku pos gamba baekk punya.

oke?

Sampai sini je la.

okebababai~

:)







Thursday, April 12, 2012

HomeSweetHome!

YEAH..!!

OKEH. SUDAH SAMPAI RUMAH.

wekk~ *mukamintaklempangtuh*

Pas balik keje, terus balik rumah.
Abah datang dengan pami. *haha*

Sampai je rumah, salam mak. 

Pastu cari si kembang. Waaaa~ rindu giler wehhhh.

Dapat je die, terus peluk ciom *muahmuah*
Adik2 die mane ntah. Malas nak carik.

Adasekorje.lagisekormanentah.haha. NI nama die cici.

Pastu makan petang kat dapor. Kendong kembang sekali.
Rase ringan je sebab ritu die sakit. 
Da kurus da kembang :(

Skang die tga tido kat tempat feveret die.

bawah ni si KEMBANG 
*ehhhh....kenapanamakembang*

SEBAB bulu die kembang2. haha

tempattidopalingbestkatenye
okebai~ esok nak pergi shah alam 

:)

Friday, April 6, 2012

Korang pernah...?




Hai korang pernah tak....?



Korang pernah tak ada rasa tak puas hati kat orang tapi tak tau nak luah macam mana?

Korang pernah tak ada rasa nak marah tapi tetiba tak jadi marah sebab nak jaga hati orang tu?

Tapi orang tu tak pernah jaga hati korang. Pernah?

Korang pernah rasa terhina tak bila ada orang tegur secara depan2?

Walau macam mana betul pon teguran orang tu, tapi cara orang tu tegur macam cilakak? Pernah?

Pernah tak bila korang buat salah, orang tu dah label korang? Dah panggil itu ini. Pernah?

Pernah tak korang rasa di buli? Pernah?

Pernah tak korang kena tikam belakang? Pernah? Sakit tak?

Korang tak puas hati kat si A, pastu korang luah laa perasaan tu kat si B. Tapi si B bagitau kat si A, dan si A buruk2 kan korang.

Korang pernah tak kena macam tu? Pernah?

Kalau korang pernah kena semua di atas, baik bunuh je orang tu.

*Aku ada jumpa spesis macam ni. Satu hari nanti, aku nak bagi orang tu racun tikus*

HAHAHA

Bila dah suka........



Suka sangat lagu ni.

Dengar setiap hari. Tak pernah jemu pun.



:)

Tuesday, April 3, 2012

NEVES.!!

Hari ni hari Selasa. 

Orang besar cuti, jadi bole le online. >_<

Semalam ada orang penting datang sini. Punya la neves macam nak pegi jumpa mak mentua.

Pagi-pagi oke je, xde rase ape pon. Pastu dalam tengah hari tu, makk aihhh~ 

Sakit perut sbb neves sgt. Adehh~ =.=

Mesej laa orang penting tu. Die kata,

" AWAK, BANYAK KAN ISTIGHFAR. JANGAN NEVES SGT......bla3"

'' EM, YELAH AWAK~" :')

Nak ilangkan neves, pegi laa try sibukkan diri. Masuk opis, taip menaip, potostat, laminate n etc.

Paling best, pura2 pegi HAPPY FARM. hahaha

Kacau orang tgah buat keje kat situ. :D


Pukul 430pm orang penting datang. NEVES..!! Sebagai seorang islam, bersalaman laa kann~

Salam tangan, cium tangan, naseb baek x kene peluk..! Kalau peluk, kompem bole pengsan. HAHA

Pastu masuk dalam, pegi jalan2. Maaf ye awak, sini bukan company ayah saya, saya xboleh bg free entrance. 

Lain ahh kalau company ayah saya, bg masuk jalan free jekk. :)


*Part jalan2 terpaksa di skipkan* :D



Dah siap bawak g jalan2, orang penting nak balik dah. Berat hati tapi syukur lahh dapat jumpe orang penting. :)

Xsempat bergamba tapi masih mekar dalam ingatan.

Terima kasih awak sbb singgah sini

:)




 




Saturday, March 24, 2012

Penyakit hati

HIDUP ini susah nak di DUGA...

Kadangkala kita rasa DEKAT dengan SESEORANG,tapi sebenarnya JAUH.  

Walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia, belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI. 

Mungkin kita boleh buat dia KETAWA tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA.

Bila dia MENANGIS, kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA.

walhal KEHADIRAN kita LANGSUNG TIDAK DISENANGI.

Rencah dunia, kita takkan tahu siapa KAWAN dan LAWAN sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR...


Adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN...



Monday, March 19, 2012

GenapSebulan


Hari ni genap sebulan aku praktikal. *APA??!! Baru SEBULANN??!  
apsal lama sgt nihhh~ 
Aku praktikal kat Zenxin Organic Park. Semalam berbasikal pergi tgok lembu, mulberry farm ngn dragon fruit. 
Penat tu memang lahh penat, sbb sini luas nya  100 ekar kot.  
*xmampu berbasikal..Sobss~

Kalau korang nak masuk sini, korang kene bayar. Dulu, tak kene bayar, tapi da kene mula bayar masa bulan OGOS 2011. Kalau sorang dewasa RM10. Kalau kanak-kanak, sorang RM8.
Sorang dewasa akan dapat jambu organik dgn free gifts. Kanak-kanak pulak akan dapat ice lolly dgn free game fishing. hehe 

 EHHH, sini pon ada cycling package. *lupe pulak*  
Korang boleh naik basikal tapi kene cas lahh.
Kalau nak naik basikal tu, sorang RM12 je. Nanti sape yang amik cycling package, akan dapat sebotol air mulberry leaf tea. *memang sedap

Ini tempat yg tanam passion fruit.
Excited gile berbasikal petang tuhh. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. DASYAT~sampai tak larat nak naik bukit. Nak tak nak kami terpaksa sorong basikal tuh T_T

Penat berbasikal, kami lepak laa pavillion. *EHH, PAVILLION??!
Yaa, memang benar. Sini ada pavillion. 



Pavillion ni salah satu tempat yg ada kat sini. Kalau nk buat makan-makan kat sini pon boleyyyh.

Kami di PAVILLION. hehe *sila abaikan muka yg brminyak+penat tuhh

Agak-agak dah abes penat tuhh, kami pon balik. Pastu kemas-kemas barang sebab mak abah dah sampai sini. 

Kalau ada sape2 yang nk buat Entrepreneurial Visit, bolehh lahh datang sini.









P/S: Kami pergi xsampai satu jam pon sebab boss ada. hahaha